Monday, August 9, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Assalamulaikum
Setelah lama tak menulis, akhirnya saya dipertemukan ALLAH dengan satu malam yg indah di mana kami perlu bermalam di pejabat RA malam ni sebab tak bawa kunci. Teringat pesanan seorang ilmuwan, sambutlah setiap musibah dengan rasa bersyukur, ALHAMDULILLAH. Betul. KIta dianjurkan baca INNALILLAH tapi untuk tenangkan diri, ucaplah ALHAMDULILLAH. Bila doa kita tak diterima ALLAH, ucaplah ALHAMDULILLAH. Bila kita gagal periksa, ucaplah ALHAMDULILLAH. Be positive. Setiap apa yg kita terima adalah yg terbaik utk kita. Yakinlah dengan ALLAH. Oh ya! Ramadhan hampir menjenguk kita. Marilah kita bersedia menuntut di universiti maya ini. Perlu belajar, ulangkaji, jawab periksa tapi tiada pemantauan daripada sesiapa. Jika gagal atau berjaya, kita sahaja yang tentukan. Tiada lecturer atau ibu bapa yg nak marah kita. Segulung ijazah akan disimpan oleh ALLAH setelah tamat pengajian universiti maya selama satu bulan. Hari graduasi di Alam Masyhar nanti. Lihatlah sama ada kita berjaya atau gagal. Jadikan Ramadhan universiti maya tempat terbaik untuk kita belajar pelbagai ilmu, kutip segala macam kelebihan. ALLAH akan pantau kita secara direct, inilah pentingnya sifat ihsan kita! Kawan-kawan! Perbanyakkan amal semasa bulan Ramadhan. Atau jadikan bulan mulia ini titik permulaan untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Kematian itu dekat. Kita tak tau bila ALLAH akan jemput kita. Jika saya ditakdirkan bertemu denganNya pada Ramadhan kali ini, semoga saya membawa bekalan yg cukup. Saya sedar saya hanya seorang hamba yang lemah dan jahil. Hanya tahu meminta itu ini tapi tak sanggup untuk mengagungkan Sang Pencipta yang tak jemu-jemu beri nikmat kepada saya. YA ALLAH! Alangkah malunya aku dengan Mu. Selangkah ku rapat pada Mu, seribu langkah Kau rapat padaku. Dosaku menggunung tinggi tapi rahmatMu tak pernah bertepi. Harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatMu di Bumi. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas....Ameen...

No comments:

Post a Comment