Monday, August 9, 2010

Ahmad dan Pakcik Abu...

Assalamualaikum
Sekadar perkongsian, amanah dari seorang abang yang tercinta...
Kisah benar buat renungan pembaca semua...
Satu hari, Ahmad mendapat penggilan... "Pakcik Abu dah meninggal..."
Innalillah wa inna ilaihi raji'un... Ahmad segera mendapatkan kenderaan untuk mengambil jenazah Pakcik Abu di kawasan bangunan perniagaan katanya...
Sesampainya di sana, Ahmad cukup terkejut. Jenazah Pakcik Abu terbaring di hadapan sebuah kedai, kedai yang orang Islam tak boleh pergi tapi diorang suka pergi... KEDAI TOTO a.k.a. kedai nombor ekor@judi...
Ahmad tahu Pakcik Abu memang gemar berjudi tapi tak sangka pula dia diserang sakit jantung di hadapan kedai tu...ALLAH betul2 nak memberi pengajaran kepada orang lain yg masih hidup...elakkan judi...HARAM! Tak cukup dengan tu, jenazah Pakcik Abu hanya ditutup dengan surat khabar-macam bangkai kucing tepi jalan!
Ahmad tak sanggup tengok lagi...dia suruk kawan-kawan bergegas angkat mayat untuk segera diesempurnakan di masjid. Pihak hospital nak buat post mortem pun dia tak mahu.
Malang lagi sekali, pengurusan jenazah terpaksa ditangguhkan kerana nak menunggu ahli keluarga arwah Pakcik Abu nun jauh beribu batu. Terpaksa lah Ahmad dan kawan-kawan akur... Malangnya, bila kesemua ahli keluarga arwah dah berkumpul, lepas Isyak, semua qariah masjid angkat kaki. Mereka tak nak terus uruskan jenazah tu, esok pagi kata mereka. Akhirnya dalam waktu Dhuha barulah jenazah diuruskan dan dikebumikan. Tak taulah jika ada cerita apa2 sepanjang pengurusan jenazah sebab Ahmad tak mandi jenazah Pakcik Abu.
Itulah kawan2...bila ALLAH nak tunjuk kuasaNya, tak mengira siapa dan bila-bila masa sahaja. Moralnya, jangan berjudi. Menang kalah dengan duit haram tu bukan isunya. Apa yang penting, berjudi itu HARAM - jelas dan nyata, tanpa dengung (macam hukum Izhar). Tunggu apa lagi? Pergilah ke tempat2 baik dan buatlah aktiviti2 baik. Sekurang2nya, bila2 ALLAH jemput kita, InsyaALLAH kita berada di tempat baik sedang buat baik. Bukan untuk tatapan manusia sekeliling, tapi sebagai bekalan di hari akhirat nanti.
Wallahu'alam...

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Assalamulaikum
Setelah lama tak menulis, akhirnya saya dipertemukan ALLAH dengan satu malam yg indah di mana kami perlu bermalam di pejabat RA malam ni sebab tak bawa kunci. Teringat pesanan seorang ilmuwan, sambutlah setiap musibah dengan rasa bersyukur, ALHAMDULILLAH. Betul. KIta dianjurkan baca INNALILLAH tapi untuk tenangkan diri, ucaplah ALHAMDULILLAH. Bila doa kita tak diterima ALLAH, ucaplah ALHAMDULILLAH. Bila kita gagal periksa, ucaplah ALHAMDULILLAH. Be positive. Setiap apa yg kita terima adalah yg terbaik utk kita. Yakinlah dengan ALLAH. Oh ya! Ramadhan hampir menjenguk kita. Marilah kita bersedia menuntut di universiti maya ini. Perlu belajar, ulangkaji, jawab periksa tapi tiada pemantauan daripada sesiapa. Jika gagal atau berjaya, kita sahaja yang tentukan. Tiada lecturer atau ibu bapa yg nak marah kita. Segulung ijazah akan disimpan oleh ALLAH setelah tamat pengajian universiti maya selama satu bulan. Hari graduasi di Alam Masyhar nanti. Lihatlah sama ada kita berjaya atau gagal. Jadikan Ramadhan universiti maya tempat terbaik untuk kita belajar pelbagai ilmu, kutip segala macam kelebihan. ALLAH akan pantau kita secara direct, inilah pentingnya sifat ihsan kita! Kawan-kawan! Perbanyakkan amal semasa bulan Ramadhan. Atau jadikan bulan mulia ini titik permulaan untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Kematian itu dekat. Kita tak tau bila ALLAH akan jemput kita. Jika saya ditakdirkan bertemu denganNya pada Ramadhan kali ini, semoga saya membawa bekalan yg cukup. Saya sedar saya hanya seorang hamba yang lemah dan jahil. Hanya tahu meminta itu ini tapi tak sanggup untuk mengagungkan Sang Pencipta yang tak jemu-jemu beri nikmat kepada saya. YA ALLAH! Alangkah malunya aku dengan Mu. Selangkah ku rapat pada Mu, seribu langkah Kau rapat padaku. Dosaku menggunung tinggi tapi rahmatMu tak pernah bertepi. Harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatMu di Bumi. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas....Ameen...

Friday, May 21, 2010

Rasa Bersyukur ~ Masa Senang dan Susah!

Assalammualaikum
Kawan-kawan! Bertemu lagi kita setelah bercuti dua bulan kan. Adik-adik di UiTM Terengganu, Dungun pun dah habis peperiksaan akhir semester. Tak sempat buat ucapan apa-apa. Maaf lah. Sudah sibuk pula. Hari ni saya perlu bekerja walaupun niat di hati ingin menghadiri Karnival Aura Ungu (KAU) anjuran Nisa' Malaysia. Selamat berkarnival, kawan-kawan Nisa' semua!
Hari ni saya ingin bicara sedikit tentang bersyukur. Manusia ni susah betul nak bersyukur. Dah diberi rumah teres, nak banglo. Diberi kereta Kancil, nak Mercedes. Takda masalah jika berkemampuan tapi syukur tetap perlu diucap. Masa pakai kereta Kancil, perlu bersyukur kerana memiliki sebuah kereta walaupun kecil. Bila pakai Merceds juga perlu lebih bersyukur dan beri tumpang kawan-kawan. ALLAH sangat sayangkan saya. DIA asyik beri apa yang saya nak tapi saya jarang bersyukur. Walaupun ramai kawan saya tak dapat macam saya, saya jarang bersyukur malah tak pernah puas. Kalau kita tengok teori Maslow (Maslow Theory of Needs), manusia akan sampai satu tahap self-sufficient tapi normally, manusia jarang sampai di puncak teringggi piramid sebab tak pernah rasa puas.
Saya hairan dengan diri saya yang jahil dan daif ni. Saya sukar nak rasa puas atas sesuatu dan saya adalah seorang perfectionist. Tak boleh tak lengkap, tak cukup. Teruk betul.
Sebenarnya, kita wajib bersyukur walau diberi kesusahan, apatah lagi diberi kesenangan. Kadang-kadang saya kesian tengok kawan saya yang nak sangat Mercedes tapi tak dapat. ALLAH bagi Mercedes tu pada saya walaupun saya tak nak lah sangat Mercedes tu sebab saya lebih minat Toyota Vios (sama macam kawan baik saya). Saya tak berbahas mengenai harga kereta tapi analogi apa yang berlaku dalam diri saya. Entahlah. ALLAH Maha Kaya, DIA beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Saya doakan kawan saya akan dapat Toyota Innova setelah gagal nak dapatkan Mercedes. Lebih baik kan, banyak space. hehe... Itu ajelah buat masa sekarang. Semoga ALLAH tolong saya dapat Toyota Vios tu dan kawan saya tu dapat kereta yang jauh lebih best daripada Mercedes. Semoga kawan-kawan faham cerita ni dan amalkan rasa bersyukur. Walaupun dapat benda yang kecil atau sikit aje, yang penting adalah rasa bersyukur, InsyaALLAH ALLAH akan tambah rezeki kit lebih banyak dan lebih baik lagi.
Jumpa lagi! Wassalam...

Tuesday, April 6, 2010

Menzahirkan Iman

Assalammualaikum kawan2...
Apa khabar? Hari ni saya nak berkongsi cerita mengenai seorang kawan. Rakan sepejabat saya. Tiba2 die ambil tafsir saya dan memberitahu bahawa dia suka tafsir yang lengkap. Sya katakan padanya, Sudah pastilah tafsir sebegitu agak tebal dan mahal. Dia kata dia tidak kisah, asalkan ada jiwa sewaktu membaca Al Quran, dalam kata lain menghayati Al Quran. Dia pergi ke mejanya untuk ambil kaifiat Surah Yassin yang dia print dari internet. Banyak ayat@ dalam surah tersebut yang cukup berkhasiat untuk kita amalkan. Saya terkesima. Saya sendiri tak pernah ambil pusing2 hal2 begitu.
Apa yang saya cuba tekankan di sini adalah appearance kawan saya ni biasa2 sahaja. Jika ada orang nak bertanya bab2 agama pun, mungkin tak tanya dia (maaf jika terlalu direct). Tapi apa yang dia cuba terapkan dalam jiwa dia adalah sama dengan orang yang appearance Islamik. Saya tidak mengatakan saya menyokong golongan sebegini tetapi saya sayangkan mereka dan saya berdoa suatu hari nanti mereka dapat menzahirkan iman mereka.
Sebelum ini, saya pernah berkawan dengan seorang adik junior. Style tudung dia on-off sahaja, merokok, tidak menjaga pergaulan. Tetapi dia solat lima waktu dan rajin mengaji. Solat sunat dan puasa sunat juga tidak ketinggalan. Dia pernah memberitahu saya, jika dia tidak solat, mungkin dia lebih teruk daripada dirinya sekarang. Walau bagaimanapun, adikku sayang, jika adik baca catatan ini, ketahuilah... iman bukan setakat di dalam hati, iman perlu dizahirkan, dik...
Usahlah kita asyik menyindir,"Alah...tak semestinya orang pakai tudung tu baik." Sekurang2 nya, dengan bertudung, muslimah tersebut telah membuat satu kebaikan dalam diri dia.
Amalkan Islam itu sepenuhnya, dik.Usah ambil separuh2. Yang kita suka, kita buat. Yang kita tak suka, sanggup pula berdebat dengan orang lain untuk tidak melakukannya.
Ingin saya tekankan sekali lagi, saya cukup mengagumi rakan sepejabat tersebut kerana kecintaannya terhadap Al Quran begitu membara. Saya akan sentiasa doakan dia satu hari nanti dapat menzahirkan imannya. Terima kasih atas tazkirah Surah Yassin yang diberikannya sebentar tadi.
Wassalam. Semoga berjumpa lagi...

Tuesday, March 30, 2010

BE POSITIVE!

Assalammualaikum Kawan-kawan...
Apa khabar hari ni? Hari ni saya ingin berbicara mengenai BE POSITIVE. Bukan ion positif tapi menjadi INSAN YANG BERFIKIRAN POSITIF. Pernahkah kawan-kawan diaju soalan "nak pergi ke tak ni?" Saya highlight perkataan "tak ni?" Mengapa perlu ada perkataan negatif di belakang? Inilah sikap masyarakat kita, terutamanya orang Melayu. Seolah-olah si penanya tidaklah menharap sangat si penjawab akan pergi. Apatah lagi, orang yang bertanya begini "Kamu tak kenal Si Fulan tu?" Kenapa perlu teka yang negatif? Seperti meng'eleh'kan si penjawab pula. Apa kata kita tukar soalan itu menjadi positif. "Adakah anda hendak pergi?" atau "Adakah kamu kenal Si Fulan?" Saya tidak menyarankan anda 'skema' dalam perbualan, tetapi sekadar menjadi positif supaya orang yang berbual dengan anda berasa lebih selesa.
Kita juga perlu elak bersangka buruk kepada orang lain (su'u dzan) kerana sangkaan adalah mainan minda yang 90% silap. Tak semestinya perkara tersebut seteruk yang kamu fikirkan.
Satu lagi, elak bersangka buruk pada ALLAH. Na'udzubillah. Teringat sms kawan saya (terima kasih kepada Kak Nor Hamiza Ismail) yang berbunyi begini:
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuat keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu;
Pasti akan damailah hatimu
kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2
Bukan ALLAH tidak tahu derita hidupmu
Retaknya hatimu
tapi mungkin itulah yang DIA mahukan
Kerana DIA tahu hati yang sebeginilah selalunya
Lebih lunak dah mudah untuk akrab denganNYA
Bukan mudah nak bersangka baik semasa ditimpa musibah tapi cuba fikirkan dosa2 yang anda lakukan dan amalan2 yang anda tinggalkan. Bermuhasabahlah! Ujian ini mungkin kiffarah ALLAH kepada kita dan cara DIA tunjuk sayang kepada kita. Lama sangat dah saya tinggal Qiyamullail. Teruk kan? ALLAH bagi nikmat yang pelbagai, untuk solat malam 5 minit pun kita berkira. Sama2 lah kita perbaiki diri.
P/S: Oh, Insya ALLAH saya akan post sesuatu yang istimewa khas untuk adik2 UiTM Dungun yang akan menghadapi peperiksaan pada April2010. Untuk semua kawan2 yang akan exam juga. Tunguuu...

Thursday, March 25, 2010

STRATEGI LAUTAN BIRU

Assalammualaikum kawan2...
Hari ni saya nak berkongsi mengenai 'Strategi Laut Biru' atau "Blue Ocean Strategy'. Saya tahu strategi ini melalui abang saya, Mohd Razif. Terima kasih kepada beliau. Konsep strategi ini mudah sahaja dan perlu untuk perniagaan yang mantop.
Definisi strategi ini adalah "How To Create Uncontesed Market and Make the Competition Irrelevant". Maksudnya "Bagaimana Untuk mencipta Pasaran Tidak Tepu dan Membuatkan Anda Tiada Persaingan".
Analogi yang digunakan mudah sahaja. Pasaran yang ada sekarang adalah 'Laut Merah' atau 'Red Ocean' di mana pesaing yang ramai, produk yang sama sahaja. Andaikan peniaga-peniaga adalah jerung. Laut Merah telah berwarna merah kerana jerung-jerung yang ada saling berbunuhan, penuh dengan darah. Ada yang mati, ada yang tercedera. Oleh itu, bertukarlah ke Laut Biru di mana anda akan berenang dengan tenang dalam laut yang cukup indah.
Setelah meneliti beberapa website pagi tadi, saya dapat mengaitkan strategi ini dengan teori uang saya belajar sewaktu ijazah pertama dahulu. Dalam subjek International Business (IBM530) (terima kasih untuk Miss Najah Lukman yang baik dan comel), dalam subjek tersebut kami belajar mengenai First Mover Advantage Theory. Maksudnya orang pertama yang masuk pasaran tertentu akan kawal sumber dan akan menang.
Walaupun begitu, keunikan strategi ini adalah tidak semestinya pasaran yang kita masuk tu adalah pasaran baru tapi kita cuma perlu tingkatkan tahap 'Product Differentiation' dan 'Competitive Advantage' kita.
Sebagai contoh, saya sedang menjual tshirt labuh muslimah. Pasaran ini sudah merah. banyak 'jerung' mati dan cedera. Ada juga yang baru lahir. Untuk beralih ke lautan biru, tiada masalah untuk jual tshirt labuh muslimah juga tapi perlu sedikit pembaharuan. Contoh, jual tshirt yang sedondon dengan tudung dalam satu pakej. Saya sudah memasuki pasaran baru. Pasaran 'baju tudung' pula. Jelas? Itu contoh mudah.
Tapi nak aplikasikan tak semudah teori. Tapi, IMPOSSIBLE IS NOTHING kan? Cuba tingkatkan inovasi anda untuk menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. Out of the Box. Saya sedang berusaha untuk memajukan perniagaan saya kerana memegang kata2 Rasulullah '9 daripada 10 pintu rezeki datang daripada perniagaan'. Saya berdoa bila saya kaya nanti, saya akan bantu orang Islam yang memerlukan dan yang paling penting wang itu perlu mengalir ke jalan Fi Sabilillah.
Saya akan recommend beberapa buku untuk kawan2 dalam post akan datang. Oh ya. Untuk mendisiplinkan diri, saya akan cuba update blog ni paling kurang seminggu sekali. Harap sokongan kawan2 dapat membantu saya. InsyaALLAH jika berpeluang, saya akan terangkan berberapa teori pengurusan dan perniagaan lagi. Dengan value-added, link dengan budaya Islam AdDin. Jika ada kawan2 yang nak tanya saya mengenai sebarang teori pengurusan, saya alu-alukan. Sebab cita2 saya nak jadi seorang lecturer. ULUL ALBAB. InsyaALLAH.
Wassalam.Jumpa lagi...

Tuesday, March 23, 2010

PADI VS LALANG...

Assalammualaikum kawan-kawan...
Semalam adalah hari yang panjang. Saya buat kerja hingga pukul 4 pagi. Saya tidur di pejabat bersama sahabat saya, Yana. Tapi saya puas hati sangat. Jadi, setelah stay up lama sangat, saya mengambil keputusan untuk 'syahid' sebentar selepas subuh (don't try this at home...) (",)
Pukul 8:30 pagi barulah saya pergi khidmat diri di toilet berdekatan. Saya bukan nak cerita mengenai diari saya tetapi apa yang berlaku pagi tadi.
Seusai khidmat diri, saya keluar toilet. Saya ternampak seorang kakak cleaner sedang bersihkan toilet. Saya senyum kepada beliau even saya tak nampak dia sebab saya tak pakai cermin mata. Saya gosok gigi di sinki. Saya nampak dia letak gayung dalam sinki, kemudia tadah air. Sampai melimpah-ruah. Saya pun matikan. Membazir kan amalan syaitan. Tapi, tiba2 dia marah saya. Katanya biarkan air tu melimpah pun. Saya tak faham lah. Sinki bukan macam baldi. Jika anda tak tutup lubang sink, air akan keluar dari sinki. Tapi saya biarkan jelah. Kalau tiba2 dia jerkah, lagi naya saya.
Seusai gosok gigi, saya bersiap2 untuk keluar dari kawasan toilet berkenaan. Pada masa yang sama, dia sedang mencuci lantai toilet. Saya tunggu di tepi sebentar. Tiba2 dia berhenti seolah2 memberi laluan. Penuh sopan santun saya menyapa, "Boleh lalu, kak?" Muka dia sangat masam (saya dah pakai cermin mata ketika itu). Dia buat muka macam tak puas hati. Saya tak faham. Saya bukan minta duit dia. Sekadar menyapa, bukan mengherdik. Salah kah beri sedikit senyuman???
Saya masuk pejabat sambil membaca Surah Ali Imran, ayat 200 sebab saya marah sangat. Ayat tu akan buat hati kita cool sikit. Saya tertanya2 mengapa seorang cleaner yang rasenye tak berpendidikan tinggi berahlak begitu. Sedangkan saya (Prof. Emeritus Dr.), tidak sombong langsung. Itulah sebenarnya kata orang2 tua. Ikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk. Bukan seperti lalang, tegak berdiri tapi kosong, takde hasil.Itulah beza orang berilmu dan tak berilmu.
Jika kakak cleaner tadi baca blog saya, saya tidak merendah2kan anda tetapi anda sendiri yang membuatkan orang akan pandang rendah pada anda. Ubahlah sikap. Sedangkan Nabi Sulaiman manusia yang paling kaya dan berkuasa tidak pernah sombong pada manusia, haiwan dan terutamanya tidak sombong pada ALLAH. Inikan pula kita yang tak ada apa2. Renung2kan dan selamat beramal...
Tapi antara hikmah peristiwa tersebut adalah, saya mulakan langkah pertama sebagai seorang blogger. Dengan pegangan hadith Rasulullah, "Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat"... Macam Stormreaders pula...Baiklah. Kita jumpa di post akan datang ya.
Wassalam...

Sunday, February 7, 2010

Whuttadilly!!!

Assalammualaikum
Salam Taaruf buat semua sahabat
Rerajin lah kongsi info + visit my blog
Wassalam