Tuesday, March 23, 2010

PADI VS LALANG...

Assalammualaikum kawan-kawan...
Semalam adalah hari yang panjang. Saya buat kerja hingga pukul 4 pagi. Saya tidur di pejabat bersama sahabat saya, Yana. Tapi saya puas hati sangat. Jadi, setelah stay up lama sangat, saya mengambil keputusan untuk 'syahid' sebentar selepas subuh (don't try this at home...) (",)
Pukul 8:30 pagi barulah saya pergi khidmat diri di toilet berdekatan. Saya bukan nak cerita mengenai diari saya tetapi apa yang berlaku pagi tadi.
Seusai khidmat diri, saya keluar toilet. Saya ternampak seorang kakak cleaner sedang bersihkan toilet. Saya senyum kepada beliau even saya tak nampak dia sebab saya tak pakai cermin mata. Saya gosok gigi di sinki. Saya nampak dia letak gayung dalam sinki, kemudia tadah air. Sampai melimpah-ruah. Saya pun matikan. Membazir kan amalan syaitan. Tapi, tiba2 dia marah saya. Katanya biarkan air tu melimpah pun. Saya tak faham lah. Sinki bukan macam baldi. Jika anda tak tutup lubang sink, air akan keluar dari sinki. Tapi saya biarkan jelah. Kalau tiba2 dia jerkah, lagi naya saya.
Seusai gosok gigi, saya bersiap2 untuk keluar dari kawasan toilet berkenaan. Pada masa yang sama, dia sedang mencuci lantai toilet. Saya tunggu di tepi sebentar. Tiba2 dia berhenti seolah2 memberi laluan. Penuh sopan santun saya menyapa, "Boleh lalu, kak?" Muka dia sangat masam (saya dah pakai cermin mata ketika itu). Dia buat muka macam tak puas hati. Saya tak faham. Saya bukan minta duit dia. Sekadar menyapa, bukan mengherdik. Salah kah beri sedikit senyuman???
Saya masuk pejabat sambil membaca Surah Ali Imran, ayat 200 sebab saya marah sangat. Ayat tu akan buat hati kita cool sikit. Saya tertanya2 mengapa seorang cleaner yang rasenye tak berpendidikan tinggi berahlak begitu. Sedangkan saya (Prof. Emeritus Dr.), tidak sombong langsung. Itulah sebenarnya kata orang2 tua. Ikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk. Bukan seperti lalang, tegak berdiri tapi kosong, takde hasil.Itulah beza orang berilmu dan tak berilmu.
Jika kakak cleaner tadi baca blog saya, saya tidak merendah2kan anda tetapi anda sendiri yang membuatkan orang akan pandang rendah pada anda. Ubahlah sikap. Sedangkan Nabi Sulaiman manusia yang paling kaya dan berkuasa tidak pernah sombong pada manusia, haiwan dan terutamanya tidak sombong pada ALLAH. Inikan pula kita yang tak ada apa2. Renung2kan dan selamat beramal...
Tapi antara hikmah peristiwa tersebut adalah, saya mulakan langkah pertama sebagai seorang blogger. Dengan pegangan hadith Rasulullah, "Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat"... Macam Stormreaders pula...Baiklah. Kita jumpa di post akan datang ya.
Wassalam...

2 comments:

  1. Assalamualaikum....

    Masih banyak lagi ragam manusia yang perlu kita hadapi dalam kehidupan ini.Mungkin juga kejadian itu sebagai kaffarah atas dosa-dosa kita selama ni. Jadi kembalikan segalanya pada ALLAH, kuatkan hati hadapi ujian.
    Teringat kata Saidina Ali, Allah tidak melihat tinggi mana darjat kamu, tetapi Allah melihat kepada tinggi mana taqwa kamu..

    LOve vs HATE is testing you now...beware!

    ReplyDelete
  2. Pe kata ko lempang je makcik tu atau ko suro die lempang diri sendiri...

    ReplyDelete