Thursday, March 25, 2010

STRATEGI LAUTAN BIRU

Assalammualaikum kawan2...
Hari ni saya nak berkongsi mengenai 'Strategi Laut Biru' atau "Blue Ocean Strategy'. Saya tahu strategi ini melalui abang saya, Mohd Razif. Terima kasih kepada beliau. Konsep strategi ini mudah sahaja dan perlu untuk perniagaan yang mantop.
Definisi strategi ini adalah "How To Create Uncontesed Market and Make the Competition Irrelevant". Maksudnya "Bagaimana Untuk mencipta Pasaran Tidak Tepu dan Membuatkan Anda Tiada Persaingan".
Analogi yang digunakan mudah sahaja. Pasaran yang ada sekarang adalah 'Laut Merah' atau 'Red Ocean' di mana pesaing yang ramai, produk yang sama sahaja. Andaikan peniaga-peniaga adalah jerung. Laut Merah telah berwarna merah kerana jerung-jerung yang ada saling berbunuhan, penuh dengan darah. Ada yang mati, ada yang tercedera. Oleh itu, bertukarlah ke Laut Biru di mana anda akan berenang dengan tenang dalam laut yang cukup indah.
Setelah meneliti beberapa website pagi tadi, saya dapat mengaitkan strategi ini dengan teori uang saya belajar sewaktu ijazah pertama dahulu. Dalam subjek International Business (IBM530) (terima kasih untuk Miss Najah Lukman yang baik dan comel), dalam subjek tersebut kami belajar mengenai First Mover Advantage Theory. Maksudnya orang pertama yang masuk pasaran tertentu akan kawal sumber dan akan menang.
Walaupun begitu, keunikan strategi ini adalah tidak semestinya pasaran yang kita masuk tu adalah pasaran baru tapi kita cuma perlu tingkatkan tahap 'Product Differentiation' dan 'Competitive Advantage' kita.
Sebagai contoh, saya sedang menjual tshirt labuh muslimah. Pasaran ini sudah merah. banyak 'jerung' mati dan cedera. Ada juga yang baru lahir. Untuk beralih ke lautan biru, tiada masalah untuk jual tshirt labuh muslimah juga tapi perlu sedikit pembaharuan. Contoh, jual tshirt yang sedondon dengan tudung dalam satu pakej. Saya sudah memasuki pasaran baru. Pasaran 'baju tudung' pula. Jelas? Itu contoh mudah.
Tapi nak aplikasikan tak semudah teori. Tapi, IMPOSSIBLE IS NOTHING kan? Cuba tingkatkan inovasi anda untuk menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. Out of the Box. Saya sedang berusaha untuk memajukan perniagaan saya kerana memegang kata2 Rasulullah '9 daripada 10 pintu rezeki datang daripada perniagaan'. Saya berdoa bila saya kaya nanti, saya akan bantu orang Islam yang memerlukan dan yang paling penting wang itu perlu mengalir ke jalan Fi Sabilillah.
Saya akan recommend beberapa buku untuk kawan2 dalam post akan datang. Oh ya. Untuk mendisiplinkan diri, saya akan cuba update blog ni paling kurang seminggu sekali. Harap sokongan kawan2 dapat membantu saya. InsyaALLAH jika berpeluang, saya akan terangkan berberapa teori pengurusan dan perniagaan lagi. Dengan value-added, link dengan budaya Islam AdDin. Jika ada kawan2 yang nak tanya saya mengenai sebarang teori pengurusan, saya alu-alukan. Sebab cita2 saya nak jadi seorang lecturer. ULUL ALBAB. InsyaALLAH.
Wassalam.Jumpa lagi...

7 comments:

  1. Oh..jd salah la ye info aku tuh.He2.Pe2 pn bila nak post cite pasal Cik M (bukan nama sebenar)dan Mak R (juga bukan nama sebenar) kat blog nih. Tak sabar la de. Komen aku mesti nanti sangat panjang. Nak buat sendiri malas + xde idea + x kreatif
    Kita lancarkan perang psikologi sekarang!
    Allahuakbar!(3x)

    ReplyDelete
  2. Blue ocean strategy diperkenalkan oleh seorang dari australia klu tak silap. dengan pencetusan idea ini, dia mendapat anugerah dan pendapatan yg tinggi. tapi sekiranya kita melihat sirah nubbuwah, nabi berdakwah dimekkah tp kuat ditentang hebat (red ocean). lps tu berhijrah ke madinah (blue ocean) tuk berdakwah.. Nabi dah gne cara ini lbh 1400 tahun dlu. Nabi lagi hebat kan? akak, lawat blog saya lak www.dppkd.wordpress.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nordin mencari IlmuMarch 10, 2012 at 7:21 PM

      sesungguhnya mmg rasullullah lebih hebat, dengn kecerdasan emosi yg perfect, cara nabi berdakwah mmg hebat, amalan blue ocean strategy mmg telah digunakan oleh Rasullullah dalam memperkembangkan Islam, asas marketing masakini telah digunakan masa Rasulullah, tapi oleh kerana kebijaksanaan mencedok oleh barat dan non muslim, maka ianya diubah bg menunjukan bhw itu adalah idea mereka dan menafikan ilmu itu ada dalam AlQuran, apa salah nya kita ambil cara itu sbb asalnya adalah dari kandungan AlQuran, tapi oleh kerana pemikiran sempit org Islam masakini, telah menolak ilmu tersebut kerana semata-mata org yg menggunakannya tidak disukai, ada yg lebih suka mengamalkan red ocean strategy sesama islam untuk menhancurkan Islam. perlu diketahui cuba lihat asal usul ilmu tersebut, kembalikan semula ilmu dari AlQuran, tidak semesti ilmu usulluddin, syariah, kitab nubuwah atau apa-apa kitab pun yg diterima kerana ianya guna sebutan Arab, tetapi mari sama-sama kita kembalikan keagungan ilmu dalam AlQuran itu. secara kasarnya Rasullullah mmg hebat cuba umatnya sahaja yg sempit pemikiran.

      Delete
  3. Assalammualaikum
    Misbahuddin
    Terima kasih kerana lawat blog akak
    akak dah lawat blog awk
    Good luck for ur future undertakings
    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..Prof...saya nak tanya Prof pernah datang ukm ke? buku asas tahsin milik Prof ada bersama saya..minta tolong hubungi saya hamizah 03-89215459. terima kasih..

    ReplyDelete
  5. Trima kasih keatas penjelasan yang ringkas dan mudah difahami..

    cuma mahu bertanya, adakah sebarang tools yang digunapakai di dalam melaksanakan strategi ini?
    cth: Rajah tulang ikan yang diperkenalkan Ishikawa.

    ReplyDelete